top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Bolehkah Kangkung melawan wabak Virus Corona?

Updated: Feb 16, 2020

Salah sebuah blog terkenal mengatakan bahawa Kangkung mampu melawan wabak virus corona yang kini adalah wabak virus paling merbahaya selain dari H1N1 tahun ini. Namun adakah kangkung mampu melawan wabak virus corona ini? Salah seorang pemilik Facebook bernama Puteri Yusof membalas respon tersebut.



Minggu ini lalu lalang kawan- kawan kongsi petikan akhbar, yang menyebut kebaikan kangkung untuk badan sihat lawan virus corona.

Saya membaca beberapa sumber berita yang menyebut tentang kangkung - tapi saya fikir apa yang doktor maksudkan ialah berhenti ambil makanan yang melemahkan sistem imun dan ambil makanan yang meningkat sistem imun seperti sayur.

Kangkung tu contoh sajalah. Bukan bermaksud itu sayur yang jadi petua sembuh daripada jangkitan virus corona.

Saya tak pasti samada wartawan ni tak dengar contoh sayur lain yang doktor sebut, atau doktor memang sempat sebut satu contoh sayur je, iaitu kangkung.

Tapi yang pasti, bila wartawan sebut kangkung, maka berita ini boleh lah jadi bualan netizen. Itu yang penting betul tak?

Kangkung atau dalam Bahasa Inggeris disebut water spinach, mengandungi kandungan air yang tinggi (hampir 90%), sesuai dengan keadaan ia hidup subur dalam air atau jika di atas tanah pun perlu disiram selalu untuk pastikan cukup bekalan air.

Kandungan ascorbic acid (vitamin C) memang tinggi dalam kangkung yang segar (mentah). Dalam 100gram kangkung mentah, boleh bagi kita 50mg vitamin C. Keyword di sini - MENTAH ya.

Oleh kerana kangkung sangat rendah kalori dan sangat rendah lemak, ia boleh jadi pilihan orang yang turun berat badan.

Saya yakin kalau hanya makan kangkung untuk kurus, bukan saja boleh turun berat, malah anda boleh cengkung dan melengkung.

Kembali kepada isu kangkung melawan corona virus, kita ambil ia sebagai info yang baik sahaja. Tak perlu mocking the doctor or yakin terlebih sampai borong kangkung penuh troli.

Kalau tak sebab laporan akhbar tentang kangkung, kita pun tak sedar kangkung tu ada vitamin C betul tak? Terima kasih doktor atas perkongsian bermanfaat.

Yang penting kita semua tahu, untuk memastikan sistem imun tubuh boleh melawan jangkitan penyakit, tubuh kita perlu lebih dari zat kangkung.

Ada banyak pilihan sayur dan buah yang padat dengan zat boleh kita makan setiap hari - dan kangkung boleh diselit sekali lah!

Apa- apapun, ayuh makan makanan sihat (eat healthily), ayuh bersenam (exercise regularly) dan ambil supplement dengan bijak (supplement wisely).


Petikan ini diambil dari facebook post milik akaun facebook, Puteri Yusof.


Adakah anda setuju dengan jawapan ini? Bincangkan.


14 views0 comments

Comments


bottom of page