BLACKPINK bersedia untuk membuat comeback mereka pada bulan jun ini.
Pada 4 Mei (Hari ini), STARNEWS melaporkan bahawa Kpop Idol kesayangan dunia ini telah selesai membuat rakaman kepada album baru mereka, dan kini bekerja untuk menyiapkan official music video yang bermula bulan ini (mei). Dalam laporan tersebut mengatakan kpop idol ini akan membuat comeback dianggar pada awal atau tengah bulan jun depan.
Untuk mengesahkan laporan berkenan, YG Entertainment kemudiannya mengesahkan dengan berkata "BLACKPINK dijadualkan akan membuat comeback pada bulan jun ini. Apabila tarikh sebenar disahkan, kami akan umumkan kepada peminat."
Ini merupakan kemunculan pertama BLACKPINK pada tahun ini selepas album "KILL THIS LOVE" yang dikeluarkan pada April 2019 iaitu selama 1 tahun 4 bulan kemudian.
Sumber: Soompi
Comments