Bukan saja celebriti, persatuan dan sukarelawan yang membantu golongan frontliners kita, kini penjara-penjara di 12 buah tempat seluruh negara mula menjalankan misi menjahit pakaian petugas kesihatan untuk membantu dan bersama-sama berjuang dalam waktu yang sukar ini.
Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata semua bengkel jahit penjara terlibat dalam usaha menjahit pakaian bagi frontliners kita dan usaha & kerja keras jelas ditunjukkan oleh banduan-banduan tersebut dalam menyiapkan seberapa banyak pakaian dan PPE yang boleh dan ini sangat mengharukan dan beliau berterima kasih terhadap banduan-banduan yang menunjukkan keikhlasan dalam usaha tersebut.
Ismail berkata demikian selepas meninjau proses menghasilkan PPE oleh Bengkel Jahit Penjara Penor kelmarin. Turut menghadirkan diri dalam tinjauan tersebut ialah Pengarah Penjara Pahang Datuk Ab Basir Mohamad dan Pengarah Penjara Penor Datuk Abu Hasan Hussain.
Usaha ini juga mendapat sokongan dari kerajaan negeri masing-masing yang menyumbang bahan selain berperanan mengagihkan PPE yang sudah siap ke Hospital yang memerlukannya.
Beliau juga bersyukur dan gembira melihat reaksi masyarakat yang positif terhadap banduan-banduan penjara dalam usaha keras membantu kerajaan dalam menangani masalah wabak di negara ini dan semoga masyarakat lebih terbuka menerima semula mereka yang sudah insaf dengan kesilapan sebelum ini.
Sumber: AstroAwani
Comments