Sony Pictures kini dalam perancangan mewujudkan live-action movie untuk siri manga dan anime popular jepun "One Punch Man."
Scott Rosenberg yang juga penulis skrip untuk filem Venom dan Jumanji dilantik sebagai penulis skrip bagi siri One Punch Man dan Avi Arad of Arad Productions dilantik sebagai penerbit filem yang juga menerbitkan filem superhero yang lain dan siri live-action yang lain seperti Spider-man: Into the verse, Spider-man: Far from Home, Metal gear solid live-action movie, Venom, Venom 2, Uncharted live-action movie, Borderlands live-action movie, Ghost in the Shell live-action movie, Naruto live-action movie dan Morbius.
Tarikh tayangan belum diumumkan.
Menurut kepada Variety Report, Sony mempunyai reputasi yang tinggi dalam menjayakan banyak filem-filem antarabangsa dan filem live-action dan kemungkinan untuk mendapatkan lebih banyak filem franchais sangat tinggi di masa hadapan.
One Punch Man menceritakan mengenai watak Saitama, seorang superhero yang simple dan rendah diri. Beliau tidak dikenali di dunia superhero namun mempunyai kuasa yang boleh kalahkan pihak lawan dengan hanya satu tumbukan. Namun, dia menjadi semakin bosan dengan kuasanya kerana tiada pihak lawan yang dapat memberinya satu pertarungan yang sengit dan berbaloi.
One Punch Man berasal dari webcomic oleh pelukis ONE. Selepas komik tersebut menjadi viral di internet, seorang pelukis manga terkenal, Murata Yusuke (Eye Shield 21) mengolah dan menggubal komik tersebut dan mengubah nasib siri One Punch Man sebagai sebuah siri komik yang mempunyai populariti sama seperti Dragon Ball, Naruto dan One Piece serta berjaya menjual 30 juta salinan di seluruh dunia.
Kejayaan komik One Punch Man menjadikannya sebuah siri anime pada tahun 2015, yang diarahkan oleh Shingo Natsume dan ditulis oleh Tomohiro Suzuki.
Sumber: Variety Report
Adakah anda setuju One Punch Man dijadikan siri Live-action?
Comments