JAKARTA, INDONESIA: Penerbangan tambang-murah AIRASIA memperkenalkan pakaian PPE untuk kru kabinnya yang digunakan apabila penerbangan disambung semula di wilayah tersebut.
Kredit foto: The Star
Direka bersama pereka fashion dari Filipina, Puey Quiñones, dilancarkan pada jumaat (24 April) semasa penerbangan semula Bangkok ke Manila, merangkul warna merah lambangnya dan dilaporkan telah diluluskan oleh Jabatan Kesihatan Filipina.
Menurut kepada perekanya, Puey Quiñones di akaun instagram miliknya, pereka fashion kacukan Los Angeles ini berkata mereka juga sibuk dengan proses mereka pakaian PPE bagi Hospital-hospital.
Pramugari/Pramugara diwajibkan memakai PPE di semua penerbangan domestik dan antarabangsa syarikat penerbangan.
Syarikat penerbangan merupakan perniagaan yang paling teruk terjejas disebabkan covid-19. Singapore Airlines mengumumkan pembatalan sebanyak 96% penerbangannya sehingga hujung bulan Jun ini, manakala Richard Branson dilaporkan ingin mencari pembeli unutk Virgin Atlantic Airways kerana beliau menghadapi kesukaran mendapatkan wang jaminan sebanyak 500 juta pound (US$879 juta) kepada bailout kerajaan.
Pada 17 April, Airasia mengumumkan syarikat tersebut menyambung semula penerbangan domestik bermula di Malaysia pada hari rabu (29 April), diikuti dengan Thailan pada Jumaat (1 Mei), India (4 May), Indonesia (7 mei) dan filipina (16 mei), tertakluk kepada kelulusan dari pihak berkuasa.
Sumber: TheStar
Comments