top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Adakah Shonen Jump kini mempunyai "Big Three" yang baru?

Updated: Feb 16, 2020

Jika anda adalah peminat Anime dan Manga sekitar tahun 2000, anda mesti pernah mendengar "Big Three" yang selalu diuar-uarkan oleh serata dunia pada ketika itu, iaitu siri One Piece (oleh Eiichiro Oda), Bleach (Oleh Tite Kubo) dan Naruto (oleh Masashi Kishimoto). Pastinya peminat anime dan manga kenal dengan ketiga-tiga manga/anime paling popular pada ketika itu dan "Big Three" ini menjadi fenomena serata dunia, bukan saja peminat anime/manga namun bagi mereka yang tak minat dengan anime pun kenal dengan "Big Three" ini.

Tetapi adakah Shonen Jump akhirnya mempunyai "Big Three" yang baru?

Apakah tiga siri yang setanding dengan populariti dan fenomena yang dilakukan oleh "Big Three" yang lalu? Pastinya yang pertama masih dimiliki oleh siri One Piece yang masih diteruskan sehingga kini namun apakah 2 lagi siri yang baru selepas tamatnya siri Naruto & Bleach? Ramai peminat-peminat serata dunia mengatakan pengganti Naruto dan Bleach paling sesuai adalah siri Kohei Horikoshi, iaitu My Hero Academia yang membuat kemunculan manga pertama pada tahun 2014 dan siri anime pada tahun 2016. Dan akhirnya pada tahun 2019, Tempat terakhir untuk "Big Three" telah pun dijawab dan jawapannya adalah siri Koyoharu Gotoge, Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba.


Inilah kedua-dua siri yang setanding dengan populariti dan fenomena yang dicetus oleh "Big Three" sebelum ini.


Namun begitu, kita mengharapkan Shounen Jump mampu memilih "Big Three" yang baru dan diterima oleh seluruh peminat-peminat anime dunia. Kita nantikan!


Bagaimana pula dengan anda? adakah anda setuju dengan "Big Three" yang baru ini yang dipilih oleh peminat-peminat anime serata dunia? Atau adakah anda juga mempunyai "Big Three" pilihan anda yang lebih sesuai?


Label: #anime

24 views0 comments

Comentarios


bottom of page