Walaupun dunia kini masih dilanda pandemik COVID-19, namun peminat-peminat drama korea seluruh dunia tetap disajikan oleh beberapa drama-drama baru korea yang bakal menghiburkan ramai orang semasa berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Park Shi-Ho kini kembali dan berlakon dalam drama historical-nya yang pertama selepas 9 tahun manakala Park Hae-Jin kembali dengan siri keduanya tahun ini. Jom kita lihat senarai-senarai drama ini:
Genre: Medical Drama
Pelakon utama: Shin Ha-Kyun & Jung So-Min
Soul Mechanic adalah sebuah drama perubatan yang mengisarkan kisah seorang psychiatrist (Shin Ha-Kyun) - yang mempunyai semangat kuat dalam menolong memulihkan emosi pesakitnya dan seorang penyanyi baru (Jung So-Min) yang mencuba untuk mencari dirinya yang sebenar. Drama ini mengisahkan kisah mengenai psychiatrist dan pesakit-pesakit mereka dan memfokuskan dalam menyampaikan mesej yang menyentuh hati kepada semua penonton.
2. OH MY BABY
Genre: Romantik, Komedi
Pelakon utama: Jang Na-Ra, Go Joon, Park Byung-eun & Jung Gun-Joo
Jang Na-ra kembali sebagai seorang wanita ber-kerjaya berumur 39 tahun di dalam siri drama baru Oh My Baby ini. Wataknya bekerja di dalam syarikat majalah ibu-bapa yang berwatakkan seorang yang putus asa dengan cinta dan perkahwinan namun ingin mempunyai seorang anak. Sementara dia berusaha untuk menjadi single-parenting, dia terlibat dengan tiga orang lelaki; seorang pakar pediatrik (Park Byung-Eun), seorang jurugambar bebas (Go Joon) dan seorang pekerja optimis (Jung Gun-Joo).
Genre: Sejarah, Fantasi Romantik
Pelakon Utama: Park Si-hoo & Go Sung-hee
Satu-satunya drama historical di dalam senarai ini. Drama ini mengisahkan seorang penilik nasib yang bertauliah (Park Si-hoo) yang menjadi orang paling berkuasa di Joseon. Dia kemudiannya terlibat dengan seorang puteri (Go Sung-hee) yang mempunyai kemampuan luar biasa untuk melihat takdir atau nasib seseorang. Berdasarkan novel Baramgwa Gooreumgwa Bi ditulis oleh Lee Byung-joo, drama ini melibatkan fantasi dan nyata.
Genre: Misteri, Fantasi
Pelakon Utama: Yook Sung-jae & Hwang Jung-eum
Drama ini mengisahkan persekitaran pojangmacha-tempat minum arak secara terbuka yang dijalankan oleh seorang wanita panas baran (Hwang Jung-eum), seorang pekerja sementara (Yook Sung-jae) dan seorang bekas detektif afterlife (Choi Won-young). Mereka muncul di dalam mimpi pelanggan mereka untuk menyelesaikan masalah mereka.
Drama ini diambil dari sebuah webtoon bernama Ssanggabpocha yang ditulis oleh Bae Hye-soo. Drama baru ini adalah salah satu produksi yang ditunggu-tunggu pada tahun 2020, terutama selepas kejayaan JTBC drama Itaewon Class yang juga merupakan kisah dari sebuah webtoon.
Genre: Komedi, Aksi
Pelakon utama: Cha Tae-hyun & Lee Sun-bin
Drama ini mengetengahkan seorang detektif yang berjiwa kental (Cha Tae-hyun) yang susah bergaul dengan rakan sekerjanya namun akan selesaikan apa sahaja kes yang diberi. Dia berjumpa dengan pengarah (Lee Sun-bin) TV dari program penyiasatan mengenai penyelesaian jenayah dan penangkapan penjenayah. Dari situ, mereka berganding bahu untuk mewujudkan sebuah pasukan yang terdiri daripada seorang pakar forensik yang melakukan perniagaan pengebumian (Jung Sang-hoon), bekas gangster (Yoon Kyung-ho) dan bekas banduan untuk sama-sama menyelesaikan jenayah yang tidak dapat diselesaikan.
Genre: Romantik, Melodrama
Pelakon utama: Song Seung-heon & Seo Ji-hye
Seo Ji-Hye kini kembali selepas kejayaan drama Crash Landing On You dan memegang watak utama di dalam drama korea baru ini. Watak Ji-hye bermain sebagai seorang wanita yang patah hati dan menjalin persahabatan yang janggal dengan seorang pakar psikologi pemakanan (Song Seung-Heon). Mereka berjumpa buat pertama kali di restoran dan disalah anggap sebagai pasangan dan kemudiannya makan bersama. Sejak dari itu, mereka makan malam bersama setiap minggu dan mengenali antara satu sama lain.
Genre: Romantik, Komedi
Pelakon utama: Jung II-woo, Kang Ji-young & Lee Hak-joo
Mengisahkan seorang chef (Jung II-woo) yang buka restoran snek lewat malam. Dia terlibat dalam sebuah percintaan tiga segi bersama seorang penerbit (Kang Ji-young) program TV masakan dan seorang lelaki (Lee Hak-joo) yang menyukainya. Ramai peminat ingin melihat adegan romantik di antara lelaki-ke-lelaki.
Genre: Komedi ofis
Pelakon utama: Park Hae-jin & Kim Eung-soo
Drama ini menceritakan mengenai seorang pekerja ofis (Park Hae-jin) yang berhenti dari kerjanya disebabkan bos-nya (Kim Eung-soo). Dia kemudian bekerja di sebuah syarikat makanan di mana dia bekerja keras untuk menjadi ketua di dalam bahagian sales & marketing syarikat tersebut. Satu hari, dia mendapat seorang pelatih senior yang juga merupakan bos-nya di syarikat dahulu.
9. SEARCH
Genre: Triler, Misteri
Pelakon utama: Jang Dong-yoon & Krystal
Drama ini mengisahkan seorang anjing-pelatih tentera (Jang Dong-yoon) yang dihantar ke tugas terasing di sebuah parti di Korean Demilitarize Zone (DMZ). Sebulan sebelum persaraannya, pasukannya menjumpai makhluk aneh di kawasan 9area.
Sementara itu, watak Krystal adalah seorang leftenan bijak dari unit peperangan chemical, biological dan radiological tentera.
Sumber: Kdramapal
Comments