Bilangan pengangguran meningkat 17.1% iaitu lebih 600,000 orang sejak bulan March lalu kerana kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Jabatan Statistik hari ini.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu untuk membendung pandemik COVID-19 menyebabkan banyak sektor dan servis yang ditutup sebelum dilonggarkan pada minggu ini kepada PKP Bersyarat.
Ketua Jabatan Satistik Negara, Mohd Uzir Mahidin berkata sebanyak 610,500 orang hilang pekerjaan sejak March 2020, berbanding kepada 521,300 orang pada tahun lalu (bulan yang sama).
Statisik ini merupakan yang paling tinggi dalam sejarah pernah direkodkan.
Remaja di antara 15 hingga 30 tahun adalah pengangguran yang paling tinggi (6.9%) diikuti oleh umur 31 hingga 45 (1.4%) dan mereka yang berada di golongan 46 hingga 64 (1.1%).
Sumber dan berita penuh: FreeMalaysiaToday
Comments