Pada era perniagaan digital 4.0, semakin ramai orang yang terfikir untuk melakukan perniagaan sendiri dan hari demi hari usahawan muncul dengan pelbagai produk dan servis. Dengan kemudahan yang terdapat di internet, usahawan-usahawan ini muncul seperti "cendawan", persaingan menjadi semakin sengit di antara usahawan-usahawan yang mempunyai jenis perniagaan yang sama. Akhirnya, 90% daripada 100% usahawan gagal selepas setahun melakukan perniagaannya. Mengapa ini terjadi? Bagaimana ini terjadi? Ketahui 5 sebab utama anda gagal dalam perniagaan anda!
"In the midst of chaos, there is also opportunity." - Sun Tzu
1. TIDAK TAMBAH ILMU PERNIAGAAN
Hahh! Ini yang pertama! Kebanyakan usahawan yang sudah berjaya atau hampir berjaya dan sudah mempunyai value dalam perniagaannya, "spesies" mcm ni yang paling EGO. Kerana beranggapan bahawa bisnes mereka kini kukuh dan bertahan dengan strategi pemasaran yang sedia ada. Ada juga sesetengah usahawan yang malas mau upgrade ilmu, katanya leceh, bisnes mereka tak sesuai dan seribu satu alasan tak henti. Terutama bisnes berkaitan teknologi dan digital marketing.
Sentiasa ingat bahawa demand, pasaran dan strategi perniagaan juga sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Jangan fikir teknik lama yang pernah sukes, boleh terus digunakan bulat-bulat untuk pasaran zaman teknologi media sosial hari ini.
Dan sebab itu, anda wajib UPGRADE ilmu berkaitan bisnes dari masa ke semasa!
2. TIDAK BUAT KAJIAN
Pernahkah anda rasa geram, sakit hati dan kecewa bila segala teknik marketing yang anda belajar dan buat semuanya tidak menjadi? Dah belajar dari internet, hadir seminar, belajar dari orang lain tapi masih juga bisnes anda suram?
Fikir balik, jangan salahkan ilmu yang anda belajar atau salahkan dari orang yang anda belajar darinya, mungkinkah ianya berpunya dari produk atau servis yang anda tawarkan kepada pelanggan anda.
Cuba tanya diri sendiri, adakah anda menghasilkan atau menjual produk yang menyelesaikan masalah orang ramai? Adakah produk anda mempunyai permintaan? Adakah anda tau niche pelanggan anda?
Semua persoalan ini boleh dijawab jika anda melakukan kajian terlebih dahulu.
Masalahnya, terdapat segelintir usahawan yang mengeluarkan produk "syok sendiri". Tanpa membuat sebarang kajian, mereka menghasilkan produk yang mereka "fikir" ada permintaan dan mudah terjual.
Akibatnya? Produk berlambak di kilang dan susah untuk dijual!
3. TIDAK USP
Zaman sekarang, mau mulakan perniagaan bukan susah. Facebook, website, youtube, instagram klik situ sini sudah buka kedai. Cakap ja bisnes apa - fashion, food, drink, health, beauty, semua ada!
Kesannya? Customer anda kini mempunyai banyak pilihan! Jadi macam mana mau menang dalam persaingan yang semakin sengit ni?
Di sinilah letaknya peranan USP (Unique Selling Proposition), atau bahasa mudah faham keunikan produk anda berbanding pesaing lain.
Masalahnya, ramai usahawan yang masih memandang remeh tentang isu USP ni. Kalau ada pun, USP yang mereka sangka USP, tidak cukup kuat untuk memukau prospek atau servis mereka. Jadi macam mana mau kenal USP yang sesuai dengan bisnes anda?
Guna teknik SWOT analisis. Yeah! Buat kajian dan kenal pasti Strength, Weakness, Opportunity dan Threat terhadap produk dan bisnes anda. Macam mana mau apply SWOT ni dalam kajian? Check google! Haha.
4. TIDAK SIMPAN DATABASE
Ini paaaaaaling bahaya!
Sebagai usahawan, anda tidak boleh selamanya bergantung untuk mencari pelanggan baru setiap hari! Anda perlu menyimpan database prospek dan pelanggan anda supaya anda boleh "keep in touch" dengan mereka dari masa ke semasa.
Dengan adanya database juga, anda sebenarnya membina "backup plan" untuk sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
Bayangkan jika satu hari nanti Facebook TUTUP KEDAI, atau bisnes anda terpaksa berhenti beroperasi, anda terpaksa bermula semula daripada zero. Apa anda nak buat, jika anda tiada database pelanggan sebelum ini?
Sebaliknya jika anda menyimpan database customer dengan baik, senang-senang sahaja anda boleh menghubungi semula senarai pelanggan anda, atau memaklumkan mereka semula tentang update terbaru bisnes anda. Sekaligus, mengurangkan risiko untuk anda terpaksa bersusah-payah bermula dari zero untuk bangkit semula!
5. GAGAL URUS KEWANGAN DENGAN BAIK
Satu lagi masalah yang sering menghantui usahawan sejak dari dulu lagi adalah masalah pengurusan kewangan yang teruk! Tidak dinafikan, hari ini sudah ramai usahawan yang berjaya membuat jualan beribu malah berjuta secara konsisten.
Tetapi, mereka ini jugalah yang kemudiannya mengeluh tidak tahu ke mana perginya wang jualan mereka. Sales banyak, tapi untung tak nampak. Malah ada yang kemudiannya semakin rugi walaupun jumlah sales mencecah juta.
Inilah yang berlaku apabila mereka tidak mempunyai sistem pengurusan kewangan yang cekap. Masalah pengurusan begini boleh menjadi "silent killer" kepada bisnes mereka!
Mereka tidak sedar bahawa perniagaan mereka semakin turun, gara-gara "berkhayal" bahawa angka jualan mereka tinggi! Sebab itu, sebagai usahawan ANDA WAJIB belajar menguruskan sistem kewangan anda dari awal lagi. Jika perlu, upah mereka yang benar-benar berkelayakan dan pakar untuk menguruskan kewangan syarikat anda!
6. ROMPAK DUIT BISNES SENDIRI!
Haaah! Ini lagi salah satu kelemahan dan kesilapan terbesar sekali.
Duit bisnes adalah duit bisnes! Kita tak boleh gunakannya sesuka hati. Kita tidak boleh gunakan untuk kegunaan peribadi - samada bayar hutang ka, shopping ka, makan ka. No No No! Jangan curi duit bisnes sendiri!
Syarikat susah nak berkembang jika anda makan duit bisnes anda sendiri. Jika dibiarkan, syarikat anda bersedia untuk gulung tikar!
Sebagai bisnes owner, kita hanya perlu ambil sikit duit bisnes tu untuk gajikan diri sendiri. Kalau tak macam mana nak sara hidup kita, kan?
Tapi, berapa nak letak gaji kita? Terpulanglah nak letak berapa! Tapi, kena kira untung dulu. Lagi tinggi untung bisnes, lagi tinggilah gaji kita! Gunakan % sebagai gaji anda supaya ianya adil kepada bisnes anda!
Last but not least, jangan cepat menyerah kalah dengan bisnes anda sendiri. Kaji balik strategi, aliran kewangan, kaji pesaing anda, kaji bisnes anda sendiri, kaji keunikan dan macam-macam lagi. Jika anda menyerah kalah kepada bisnes anda, fikir balik kenapa anda nak mulakan bisnes itu? Untuk apa?
Selamat maju jaya dan semoga berjaya dalam dunia perniagaan!
Comments