top of page
Writer's pictureMr Kadapatan

Digi dan AXA Affin lancarkan plan internet prepaid dengan perlindungan life insurans

Digi Telecommunications Sdn Bhd dan AXA Affin Life Insurance bekerjasama dalam menawarkan Digi Abadi, plan internet prepaid pertama mereka yang menawarkan perlindungan life insurans.

Kredit foto: TheStar


Di dalam satu kenyataan mengatakan tujuan mewujudkan plan ini adalah untuk memberi rakyat malaysia satu perlindungan insuran disamping menikmati internet dan hubungan komunikasi, terutama apabila kesihatan merupakan aspek paling penting pada waktu ini.


Digi Abadi dikatakan memberi perkhidmatan internet + perlindungan insuran dalam satu plan prepaid dan ianya boleh didapati melalui Digi Online Store untuk 100,000 pelanggan sahaja, terbuka kepada semua rakyat malaysia berumur antara 30 hingga 55 tahun sahaja.

Untuk melanggan plan Digi Abadi ini, pelanggan hendaklah membeli starter kit bernilai RM28 diisi dengan perlindungan life insurans sehingga RM40,000 (kematian, kematian disebabkan kemalangan, perbelanjaan pengebumian dengan zero cost).


Plan ini juga menawarkan pelanggan sebanyak 3GB fast internet quota dengan 30 hari tempoh sah, 10 sen/minute untuk panggilan dan SMS kepada seluruh rangkaian dan jangka hayat simkad hanya akan tamat selepas 1 tahun.


Sumber dan berita penuh: theedgemarkets

11 views0 comments

Comments


bottom of page