top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Sabah: Usahawan perlu promosi produk tempatan di media sosial

TAMPARULI: Usahawan tempatan digesa untuk memanfaatkan platform media sosial sepenuhnya dalam memasarkan produk masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, platform itu sesuai dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kewujudan produk-produk mereka sekali gus mampu meraih pelanggan secara atas talian.


"Untuk makluman, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) telah banyak melahirkan usahawan-usahawan tempatan yang menghasilkan produk-produk tempatan.


"Tetapi pada ketika ini ramai yang belum mengenali produk berkenaan kerana penjualannya belum sampai ke kedai-kedai runcit.

"Sebahagian daripadanya dijual di pasar raya sahaja selain terdapat juga beberapa yang dieksport ke luar negara," katanya dalam satu kenyataan selepas menyampaikan bantuan 40 kampit beras kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di sini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata, media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube adalah platform terbaik untuk dijadikan ruang pemasaran dan strategi promosi yang berkesan dalam normal baharu pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Pada masa yang sama, kementerian ini juga melatih para usahawan untuk membuat pensijilan terhadap produk-produk mereka.

"Ini bagi meningkatkan keyakinan prospek pembeli terhadap produk yang kita hasilkan. Ia termasuk pensijilan halal bagi produk makanan tempatan," katanya.


Hadir sama dalam majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli Herman Tungginging, Setiausaha Politiknya Joisin Romut, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tamparuli Jeffry Teo dan Kapitan Cina Kiulu George Teo.


Sumber dan Ayat: UtusanBorneo

14 views0 comments

Comments


bottom of page