Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, 2 lagi pesakit dari wabak Virus Corona kini dibebaskan menjadi jumlah pesakit yang sembuh adalah 15 orang. Dan kini hanya tinggal 7 orang yang masih dirawat di Malaysia.
Beliau berkata setakat ini tiada lagi kes terbaru Virus Corona di Malaysia dan kekal hanya sebanyak 22 kes sahaja.
"Kami sangat berterima kasih kepada staff hospital dan klinik yang bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas mereka. Tetapi walaupun keadaan kini semakin baik, kita seharusnya jangan berpuas hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa bersedia." kata beliau.
Salah satu pesakit yang dibebaskan pada hari ini, Rabu (19/2) adalah ibu mentua (umur 65) kepada lelaki (umur 41) warga selangor di mana beliau merupakan orang pertama yang dijangkiti wabak tersebut semasa menghadirkan meeting di Singapore pada masa itu.
Ibu mentuanya dan adik perempuannya (umur 40) dipercayai dijangkiti oleh lelaki berkenaan semasa meraikan perayaan tahun baru cina. Adik perempuannya masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan menunggu keputusan sampelnya.
Seorang lagi pesakit dibebaskan pada hari yang sama adalah lelaki warganegara berusia 31 tahun yang bekerja di Macau. Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh setelah disahkan positif Virus Corona pada 9 Feb lalu.
Labell: #coronavirus #covid19
Comments