top of page
Writer's pictureMr Kadapatan

TAWAU: Wanita melahirkan anak dalam kereta semasa traffic jem

Seorang wanita melahirkan anak lelaki di dalam keretanya selepas tersekat di dalam kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanannya ke Hospital Tawau.

Noziee Abdul Asa dikatakan dalam perjalanan menuju ke Hospital Tawau bersama ayahnya, Abdul Asa Mohd Salleh, 65 tahun dan anak sulungnya Aisha Maizela, 17 tahun tetapi tersekat di dalam lalu lintas selama 2 jam pada sabtu pagi disebabkan sekatan jalan raya polis kerana PKP.


Semasa dalam perjalanan ke Hospital, Ayahnya yang juga sebagai pemandu mencuba laluan alternatif menggunakan Jalan Tiku untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas, namun tesekat sekali lagi oleh roadblock di Jalan Kuhara.


Bernasib baik, sebuah ambulan yang menuju ke Hospital Tawau menuju ke arah mereka dan anak sulungnya, Aisha menahan ambulan tersebut dan menerangkan situasi ibunya.


Ambulan tersebut kemudiannya mengarahkan kereta mereka untuk ikut di belakang kereta ambulan.


Noziee, 37 tahun selamat melahirkan anak lelakinya seberat 3.4kg semasa tiba di pintu masuk Hospital.


Sumber: TheStar

220 views0 comments

Kommentare


bottom of page