top of page

TAWAU: Seorang budak berumur 10 tahun menumbuk mata seekor buaya untuk lepaskan diri

Kejadian tersebut berlaku di Sungai Imam, Kampung Bombalai, Tawau pada hari Khamis, 21 April sekitar jam 3 petang.

Credit photo: SAYS

Menurut sumber, budak berusia 10 tahun itu dikatakan pergi ke sungai dan menaiki bot kepunyaan pak ciknya untuk memancing yang kemudiannya ditarik oleh seekor buaya masuk ke dalam sungai.


Buaya tersebut membaham kakinya sambil mengheret mangsa masuk ke dalam air menyebabkan mangsa bergelut untuk lepaskan diri di dalam air.


Mujur dengan pemikiran yang pantas, mangsa membuat keputusan untuk menumbuk mata buaya tersebut dan melepaskan kakinya. Mangsa kemudian dengan pantas menaiki daratan dan dibawa ke hospital oleh ahli keluarganya yang berada di tempat kejadian untuk merawat kecederaan pada kakinya.


Menurut kepada ahli keluarganya, selepas menjalani beberapa pemeriksaan dan x-ray, budak lelaki itu mengalami luka di bahagian paha kanannya dan tidak mengalami kecederaan serius yang lain.


Budak lelaki itu ditempatkan di unit rawatan rapi ICU untuk pemantauan dan dikatakan dalam keadaan stabil.


Sumber: SAYS



Comments


Subscribe to Our Newsletter

Thanks for submitting!

  • White Facebook Icon

© 2020 oleh AWALBAH. Milik penuh PIN PAGES ENTERPRISE.

bottom of page