top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Tabung Dana Wuhan Sabah capai melebihi 1 juta target

Updated: Feb 18, 2020

Dana Wuhan yang dimulakan oleh Sabah kini telah menerima RM1.5 juta melebihi sasaran awalnya iaitu sebanyak RM1 Juta untuk membantu mangsa CoronaVirus di China.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma yang murah hati.

“Ramai rakyat sabah yang telah menderma begitu banyak wang. Ada yang setakat memberi wang untuk memberi sokongan kepada rakyat Wuhan di China. Kami sangat-sangat menghargainya. ” Kata Datuk Christina Liew.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada konsul-jeneral China di Kota Kinabalu kerana memahami tindakan kerajaan sabah yang melarang penerbangan terus dari china ke kota kinabalu, katanya semasa menghadiri lawatan ihsan ke Sabah United Chinese Chambers of Commerce (SUCCC).


Sementara itu, Liew yang juga merupakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata kerajaan menyedari kemerosotan akibat daripada wabak virus terutama kepada sektor pelancongan.


Beliau berkata jangan berasa kecewa dengan keadaan sekarang kerana ianya hanyalah sementara dianggarkan tiga hingga enam bulan.


Seterusnya, selain daripada fokus kepada pelancong China dan Korea, Kerajaan Negeri akan menyasarkan sektor pelancongan Sabah ke negara-negara besar yang lain seperti Australia, India dan negara-negara eropah yang lain terutamanya Perancis dan memberi pesanan kepada mereka yang bekerja dalam bidang pelancongan agar bersedia dengan kedatangan-kedatangan pelancong-pelancong ini.


SUCCC akan memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan Negeri.

20 views0 comments

Comments


bottom of page