Seorang lelaki dari Kampung Manggaris 2, Kota Marudu telah mendapat perhatian netizens apabila beliau berjalan kaki sepanjang 120km dari Hospital Queen Elizabeth ke kampungnya di KM.
Alixson Mangundok berumur 34 tahun yang tiba di airport KK dari Jepun mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengasingkan dirinya dari keluarga, sekiranya beliau mungkin dijangkiti wabak covid-19 itu.
Beliau tiba di Lapangan Terbang KKIA pada 25 March dan tidur di lapangan terbang tersebut selepas penat menjalankan prosedur temubual di Area Customs itu. Beliau kemudiannya datang ke Hospital Queen Elizabeth untuk melakukan ujian covid19. Beliau tidak menghadapi sebarang simptom tetapi masih juga perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga.
"Saya sebenarnya menyuruh abang saya untuk mengambil saya di airport tetapi apabila difikir balik, saya tidak patut mengambil risiko yang mungkin menjangkitinya. Jadi saya membuat keputusan untuk pergi ke hospital dan merancang untuk kuarantinkan diri di hospital sebab saya tak boleh balik rumah. Bapa saya sudah berumur 80 ke atas, ibu saya pula berusia 70 tahun ke atas. Jadi saya tidak boleh mengambil risiko ini" katanya.
Selepas sampel diambil di hidungnya, Alixson meminta agar beliau terus berada di hospital untuk dikuarantin sebab beliau tidak dapat balik ke kampung untuk merisikokan keluarga dan orang kampungnya. Namun selepas beberapa jam, dia diberitahu oleh doktor bahawa katil untuk pesakit tidak mencukupi dan sangat limited dan menegaskannya untuk balik ke rumah sambil menunggu keputusan .
Memandangkan sim kad-nya sudah tamat tempoh, alixson tidak dapat menghubungi keluarganya atau siapa-siapa.
Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk berjalan kaki pada lewat tengahari 26 Mac.
"Saya sedia bawa tapau (makan tengahari) di kantin hospital dan makan di area parking hospital. Saya merancang perjalanan saya pada masa ini dan membuat keputusan untuk mengambil jalan lintas sebagai permulaan perjalanan saya.
"Apabila saya tiba berdekatan tanah perkuburan berdekatan dengan balai bomba, saya terjumpa seekor anjing. Dia kemudian mengikut saya sepanjang perjalanan. lindungi saya dan membuatkan perjalanan saya lebih menarik. Dan saya namakannya Cico."
"Pada masa itu saya terfikir mungkin Tuhan menghantarnya kepada saya kerana semasa saya berada di jepun, saya ada melawat Tugu Hachiko di shibuya kerana saya memang sukakan anjing. Ianya mungkin berkaitan kerana saya memohon agar perjalanan saya selamat di sana".
Lelaki muda berbangsa Dusun Tobilung yang mengharapkan hidup lebih baik sejak beliau masih kecil ini beranggapan berjalan kaki tidaklah susah kepadanya, hanya kasut yang dipakainya pada ketika ini tidak sesuai sahaja dan membuatkan perjalanannya agak kurang selesa.
"Ada roadblock di Jalan Lintas, kemudian satu lagi di Inanam di mana saya ditanya mengapa saya berjalan di lewat petang ini. Apabila saya beritahu saya ingin pulang ke rumah, pihak polis seperti susah mau percaya bila saya cakap rumah saya berada di Kota Marudu. Haha. " katanya.
"Mereka menyuruh saya untuk tidur di hotel berdekatan namun saya beritahu saya tidak cukup wang dan mereka faham akan situasi saya dan menyuruh saya agar sentiasa berhati-hati."
"Saya tiba di Telipok apabila malam menjelma dan membuat keputusan untuk tidur di perhentian bas tersebut tetapi Cico tak berhenti menjilat saya seperti ingin memberitahu bahawa tempat itu bahaya kemudian saya meneruskan perjalanan saya selama 2 jam sebelum tidur di area tuaran pada masa itu."
"Saya melalui 4 roadblock dan pegawai polis yang bertugas di roadblock ke-4 di Tuaran itu memberi saya sebotol air dan kemudiannya mengambil gambar saya."
Alixson sangat bersyukur kerana pegawai polis yang bertugas di situ mempelawa beliau untuk berehat bersama mereka & menumpangkannya namun dia menolak kerana dia masih menunggu keputusan dari hospital.
"Saya memulakan perjalanan saya pada awal 27hb, berhenti di perhentian bas beberapa kali, berjalan kaki bersama cico tanpa makanan dan minuman pada masa itu namun di depan saya akhirnya ada gerai yang menjual "sinalau bakas" di mana saya boleh meminum air yang bersih di sana bersama cico.
"Bukit Kelawat adalah jalan yang paling sukar bagi saya kerana ianya menaiki bukit tanpa henti. Masa itu saya sangat haus dan saya boleh nampak bahawa cico juga kelaparan."
"Hanya selepas saya menaiki dan turun dari jalan bukit itu saya ternampak satu kedai runcit kecil di area Kota Belud. Saya membeli 1 botol minuman oren dan 1 tin sardin untuk cico. Saya tidak lapar kerana saya berasa sungguh penat pada masa itu dan ingin menamatkan perjalanan ini secepat yang mungkin."
Malam hari kedua, beliau membuat keputusan untuk tidur di satu pondok terbiar di tepi jalan sebelum T-junction kota belud itu bersama-sama Cico.
Beliau kemudiannya meneruskan perjalanan pada hari ketiga seawal jam 5 pagi, berhenti untuk membeli air kepada dirinya dan 1 lagi tin sardin kepada cico di Kampung Taun Gusi (beberapa lagi kampung sebelum tiba di Kota Marudu).
Apabila beliau tiba di Kampung Kawang (Area Kota Belud), beliau kongsi cerita lucu apabila beliau ternampak abangnya yang sedang memandu lori. Alixson melambai kepadanya dan abangnya juga membalas lambaian tersebut tetapi malangnya abangnya tidak perasan itu adalah dia.
"Namun penyelia (supervisor) kepada abang saya yang nampak saya di kampung Pandasan kemudiannya memberitahu abang saya yang kemudiannya mematah balik untuk "selamatkan" saya. Pada masa itu saya sudah melalui satu kampung lagi. Haha. "
Kemudiannya, van dihantar kepadanya untuk dia memandu sendiri bersama Cico pergi ke Kota Marudu kerana beliau tidak ingin mengambil risiko untuk berdekatan dengan abangnya.
Selepas 14 hari, keputusan masih belum ada dan Alixson bersama anjingnya, Cico menetap di sulap milik ayahnya di dalam hutan (untuk mengasingkan diri dengan keluarganya.)
Beliau kemudiannya pergi ke Hospital Kota Marudu selepas 14 hari kuarantinkan dirinya untuk membuat ujian kali kedua dan mengharapkan keputusan secepat yang mungkin.
Sehingga kini, Alixson tidak menunjukkan sebarang simptom dan mengharapkan keputusan negatif wabak tersebut.
"Saya sudah merantau ke banyak negara termasuk Singapura, Indonesia, China, Algeria, Korea, Qatar dan Jepun..dan saya juga di senarai hitam dari Australia kerana menetap lebih dari tempoh. Setiap negara memberi saya pengalaman yang berbeza tetapi pengalaman kali ini adalah paling istimewa buat saya kerana saya berjalan kaki di tempat yang langsung tiada orang seperti sebuah pulau tanpa penghuni kerana semua orang tak boleh keluar pada waktu ini. Saya hanya mempunyai Cico sepanjang perjalanan saya" katanya.
Selepas cerita ini viral, tuan kepada Cico telah menghubunginya.
"Saya merancang untuk menjaga Cico tetapi tuannya tetap inginkannya semula. Dan nama sebenarnya adalah Kutu" katanya.
Alixson berkata selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini selesai, beliau bersedia untuk memberi semula CIco (atau Kutu) kepada tuannya.
" Saya akan kembali ke jepun selepas ini dan mungkin korea selama beberapa bulan. Tetapi impian saya adalah ingin bekerja di Australia kerana di sana memberi saya gaji yang tinggi." katanya.
Di tanya samada beliau ingin bekerja di sabah atau tidak di masa akan datang, beliau hanya berkata "saya berharap lebih banyak peluang akan ada di sabah satu hari nanti."
Sumber: theborneopost
Comments