top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Sebuah rumah kosong di KK menjadi HUTAN.

Salah seorang penghuni di Austral Park Kota Kinabalu menyuarakan rasa tidak puas hati apabila terdapat sebuah rumah di sekitar perumahan tersebut kini menjadi "Hutan" setelah lama dibiarkan, sebuah rumah yang belum siap dibina.


Beliau mendakwa bahawa Halaman di sekitar rumah kosong itu yang terletak di Lorong Austral Park 9 disifatkan sebagai "sakit mata" memandang.


"Keadaan ini boleh menimbulkan tanggapan yang buruk kepada kejiranan yang lain, terutama kepada mereka yang pertama kali melawat ke kawasan ini.

"Kawasan itu juga seperti "hutan mini" di mana kita boleh nampak banyak pokok tumbuh, tumbuhan dan sebagainya di dalam kawasan itu. "

" Daun yang tumbuh tinggi itu sudah hampir sampai ke bumbung rumah saya di beberapa tempat. Terdapat juga dahan dan ranting pokok yang semakin menjalar dan memasuki rumah saya dan ada juga yang hampir memasuki ke kawasan jalan raya! " Dia menyuarakan rasa tidak puas hati kepada media.


Beliau juga mendakwa apabila terdapatnya beberapa binatang dan serangga yang terdapat pada kawasan itu yang mengganggu ketenteraman beliau.


" Baru-baru ini, saya ternampak dua biawaks (iguanas) merangkak memasuki kawasan rumah saya menuju ke rumah kosong itu dan isteri saya juga pernah nampak ular yang menyelinap keluar dari kawasan rumah kosong itu. Saya juga perasaan terdapatnya beberapa serangga yang menyinggah di dalam rumah saya. "


Beliau juga menimbulkan rasa risau apabila nyamuk mungkin menjadi semakin banyak disebabkan adanya tangkungan air kolam kecil di kawasan rumah kosong tersebut.


Beliau sudah membawa kes ini kepada City Hall's beberapa tahun lalu sebelum kawasan rumah kosong itu semakin membesar seperti sekarang, namun tak ada tindakan yang diambil.


"Saya berharap City Hall tidak tunggu berlaku sesuatu kepada saya dan keluarga saya apabila digigit atau dijangkiti oleh serangga yang berbahaya baru nak bertindak. "


Wakil Jurucakap dari City Hall berkata mereka akan menghantar surat kepada pemilik tanah tersebut untuk membersihkan harta tanahnya sendiri. Jika pemilik tanah tersebut gagal melaksanakannya, mereka akan mengambil tindakan sewajarnya.



9 views0 comments

コメント


bottom of page