KOTA KINABALU: Bangunan Wisma Sedco akan ditutup bermula pada 5 Jun sehingga 8 Jun 2020 disebabkan seorang kakitangan positif COVID-19.
Berdasarkan satu notis pemberitahuan yang tular dalam media sosial kelmarin, pihak pengurusan menjelaskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan kerja-kerja penyiasatan dan sanitasi bagi keseluruhan bangunan.
Oleh yang demikian bangunan berkenaan akan ditutup seperti tarikh yang dinyatakan untuk kerja-kerja sanitasi.
Pihak Sedco juga akan mendapatkan nasihat dan arahan dari KKM mengenai tindakan selanjutnya yang perlu diambil oleh setiap penghuni bangunan berkenaan.
Sumber dan Ayat: BeritaSabah
Comments