Sepasang suami Isteri membeli belah bersama-sama di sebuah supermarket yang terletak di daerah sipitang dan akhirnya dipenjara selama 4 hari dan masing-masing disaman sebanyak RM300 seperti yang dimuktamadkan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.
Emran Sahat (55) dan isterinya (46) mengaku bersalah kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Menurut kepada kejadian tersebut, Pasangan ini melanggar PKP dengan mengambil jalan pintas di Kg Napatan sekitar jam 9 pagi pada 30 Mac. Menurut kepada Mahkamah melalui maklumat dari polis yang meronda di kawasan tersebut, Pihak polis telah memberi amaran kepada pasangan ini dan memberitahu hanya seorang sahaja yang boleh pergi membeli barang keperluan dan tak dibenarkan dua orang berada dalam dikereta dan mereka kemudiannya diarahkan untuk balik.
Tetapi, pasangan ini kemudiannya mengambil jalan pintas dari belakang kampung tersebut di mana mereka ditahan selepas itu.
Hakim memuktamadkan keputusan itu dan hukuman akan diberatkan jika mereka gagal membayar saman sebanyak RM300 setiap seorang.
Comments