Kerajaan sabah memutuskan bahawa khidmat 'runner' tidak berdaftar adlaah dilarang bagi semua urusan sepanjang PKP yang berkuat kuasa serta merta sehingga 12 mei ini.
Mengikut kepada Setiausaha kerajaan negeri sabah, Datuk Safar Untong, pergerakan rakyat sabah adalah terhad berikutan pelaksanaan PKP bagi menghalang penularan dan memutuskan rantaian wabak covid-19 di sabah. Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan untuk perkhidmatan 'runner' tidak berdaftar adalah dillarang melakukan penghantaran.
Pusat Kawalan Operasi Bencan (PKOB) Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan telah diarahkan untuk memantau perkara ini.
Selain itu, beliau turut berkata bahawa klinik haiwan swasta juga kini dibenarkan beroperasi setiap hari tertakluk kepada tempoh ditetapkan iaitu pada jam 6 pagi hingga 2 petang kecuali bagi kes kecemasan. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan mengenlpasti klinik yang dibenarkan beroperasi.
Kerajaan negeri juga membenarkan premis pengurusan dan perkhidmatan jenazah untuk beroperasi setiap hari mulai jam 6 pagi hingga 6 petang.
Sumber: Bharian
Comentários