Penemuan mayat seorang lelaki dipercayai warga asing yang tidak dikenal pasti menggantungkan diri di salah satu pokok di Kampung Pondo, Pulau Gaya diuji positif covid-19.
Penolong Pesuruhjaya Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata mereka telah mengarahkan kesemua yang terlibat di dalam kes ini terutama anggota polis yang berada di tempat kejadian untuk menjalankan ujian covid-19 sambil kuarantinkan diri di rumah masing-masing sementara menunggu keputusan dari Hospital.
"Semasa pemeriksaan awal, mereka yang bertugas semasa dalam kejadiaan kesemuanya memakai topeng muka dan sarung tangan, sebelum menurunkan mayat tersebut dari pokok dan menghantarnya ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat." Beliau berkata kepada sidang media di IPD KK hari ini.
Setakat ini, belum ada orang yang tampil untuk menuntut mayat ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: NewStraitTimes
Comments