top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Sabah: Sayur mungkin dinaikkan harga

Pasaran sayur-sayuran kini berhadapan dengan risiko kenaikan harga berikutan kurangnya petani menanam bahan makanan berkenaan.

Presiden Persatuan Pengusaha Pertanian Kundasang Sabah Simon Leong berkata, sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak sayur-sayuran telah rosak dan dibuang seterusnya menyebabkan kurangnya petani untuk menanam dalam skala besar.


"Sepanjang tempoh PKP petani mengurangkan tanaman sayur  dari keluasan lima ekar kepada satu ekar sahaja.


"Mereka bimbang dengan kurangnya permintaan dan seterusnya menyebabkan kerugian," katanya ketika dihubungi di sini.


Beliau berkata, sayur kini mengalami kenaikan di antara 10 peratus sehingga 30 peratus disebabkan kurangnya sayur dihasilkan dari pihak petani.

Katanya, mereka kini hanya menanam untuk menampung pembayaran gaji pekerja dan kegunaan sendiri sahaja.


"Ramai yang mengatakan kami atau petani mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan, tetapi semua itu tidak benar. Kini tidak ada bekalan sayur mencukupi untuk dijual.


"Keadaan ini hanya akan kembali pulih sekiranya mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran," katanya.


Menurutnya, memandangkan banyak restoran masih belum beroperasi sepenuhnya, keadaan itu akan menyebabkan para petani untuk menunggu satu tempoh yang lama bagi kembali menanam sayur-sayuran seperti sebelumnya.


Sumber dan Ayat : UtusanBorneo

37 views0 comments

Comments


bottom of page