MENGGATAL: Menurut kepada sumber page Sabah Bossku yang di-upload hari ini (7 mei), dipercayai seorang warga india yang tinggal berdekatan kedai Restoran Ilham dipercayai juga pekerja atau pemilik restoran (belum ada kesahihan) meninggal dunia di kediaman beliau dan hanya dijumpai selepas 2 hari kemudian apabila bau busuk mula mencemari kawasan tersebut.
Credit foto: Sabah Bossku
Ramai netizen beranggapan ianya mungkin berkaitan dengan wabak pandemik covid-19 dan menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk setempat.
Post yang di muat naik pada hari ini (sejam yang lalu) mendapat perhatian netizen dan dikongsi sebanyak 451 (sewaktu artikel ini ditulis).
Walau bagaimanapun, ianya masih berada di dalam siasatan pihak polis dan punca kejadian sebenar belum dikenal pasti.
Takziah kepada keluarga mangsa.
Berita selanjutnya menyusul...
Sumber: Sabah Bossku
Comments