Kerajaan Negeri Sabah kini membenarkan sektor pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar beroperasi tetapi hanya melibatkan domestik sahaja.
Aktiviti domestik melibatkan penginapan, pengembaraan dan riadah, tempat menarik, makanan dan minuman, perkhidmatan tiket, pengangkutan dan lain-lain yang berkaitan, tetapi aktiviti domestik ini hanya dibenarkan di dalam negeri sabah sahaja.
Operasi perhotelan dibenarkan kecuali fasiliti hotel - surau, gimnasium, spa, sauna, lounge, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan dan buffet.
Aktiviti kebudaaan - seni kraf, visual, pakaian tradisi, makanan tradisi, muzik dan tari dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 10 orang.
Aktiviti kunjungan riadah, kajian, penyelidikan dan pemantauan alam sekitar dibenarkan.
Perkhidmatan ditawarkan di Taman-taman sabah dan santuari seperti:
Tabin Wildlife Resort,
Danum Velly,
Maliau Basin,
Imbak Canyon,
Psuat Pemulihan Orangutan Sepilok,
Taman Hidupan Liar Lok Kawi,
Santuarai Hidupan Liar Hilir Kinabatangan,
KK Wet Land,
dan termasuk aktiviti-aktiviti yang diuruskan oleh pihak swasta juga dibuka kepada orang awam.
Aktiviti Sarang burung, pengeluaran permit dan lesen hidupan liar dan aktiviti-aktiviti lain turut dibenarkan.
Sektor sukan yang melibatkan individu - olahraga, golf, tenis, e-sport, sukan bermotor (cubprix), boling padang, memanah, menembak, angkat berat, berbasikal, pelayaran, pentanque, squash, ping pong, silambam, wushu, karate, taekwondo dan bina badan juga dibenarkan.
Aktiviti sukan massa dan rekreasi melibatkan orang awam - golf, berbasikal, sukan bermotor, joging, senamrobik dan lain-lain aktiviti senaman jasmani yang tidak melebihi 10 orang adalah dibenarkan.
Pelaksanaan semua aktiviti dalam sektor sukan dan rangkaiannya hendaklah mematuhi SOP KKM dan pihak berkuasa berkaitan.
Sukan-sukan tidak dibenarkan adalah yang melibatkan perhimpunan penyokong, acara berkumpulan di luar yang melebihi 10 orang, indoor sport, acara di kolam renang dan jenis-jenis sukan bersentuhan.
Sektor perkhidmatan dan professional serta rangkaiannya seperti:
Jurutera,
Peguam,
Arkitek,
Akauntan,
Perunding Kewangan,
Jurunilai,
Juruukur Bahan,
Juruukur Tanah,
Ahli Farmasi,
Kaunselor,
Ahli Geologi,
Dietrician,
Dentist,
Juru Fisioterapi,
Optometris,
Odiologist,
Veterinar,
Doktor Perubatan,
Doktor Pakar
Serta lain-lain perkhidmatan yang berkaitan adalah dibenarkan dan kesemua sektor ini juga harus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM dan Pihak berkuasa berkaitan.
Penerbangan domestik ditambah - Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bahru, Alor Setar, Kuching, Miri, Bintulu ke sabah dan sebaliknya. Begitu juga dengan penerbangan-penerbangan dalam negeri sabah. (Namun begitu ianya terpulang kepada syarikat penerbangan.) Kesemua aktiviti pengangkutan udara hendaklah mengikuti SOP yang disediakan.
Kedai-kedai dan premis menjual kenderaan bermotor, jentera berat dan basikal juga dibenarkan mulai 10 mei 2020 dan hendaklah mematuhi SOP yang disediakan.
Perjalanan atau pergerakan merentasi daerah di sabah adalah dibenarkan sejak 4 mei 2020 selaras dengan PKP tahap 5 dan hendaklah mematuhi SOP KKM dan pihak berkuasa.
Sumber: UtusanBorneo
Comments