Sabah akan kekal mengikut tarikh akhir PKP fasa-4 tamat iaitu 12 mei dan membuka semula sektor ekonomi, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Shafie berkata negeri ini tidak boleh membenarkan aktiviti-aktiviti ekonomi disambung semula secara serta merta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah penguatkuasaan PKP Bersyarat.
"Saya berharap kerajaan persekutuan akan berunding dengan kerajaan negeri masing-masing dan bukannya memberitahu kami hanya melalui media" katanya berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohd Azmin Ali mengenai semua negeri tidak terkecuali untuk mematuhi PKPB dan membuka sektor ekonomi pada 4 mei (isnin) yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.
"Ini bukannya masa untuk berbincang mengenai undang-undang. Apa yang kita harus lakukan adalah selamatkan nyawa. Kita sentiasa boleh memikirkan cara untuk pulihkan ekonomi, tetapi apabila nyawa hilang, ianya tiada pengganti. Bagaimana juga seseorang meninggal disebabkan oleh covid-19 dan keluarga tersebut saman kami? saya lebih takut apabila orang meninggal disebabkan wabak ini" Katanya.
Sumber dan berita penuh: TheStar
Comentarios