top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Sabah: Bil air dikecualikan selama 3 bulan

Menerusi Pakej Bantuan COVID-19 Sabah, kerajaan negeri bersetuju mengecualikan pembayaran bil air domestik seluruh sabah selama tiga bulan bermula April ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata dengan adanya pengecualian bil air ini, ianya mampu membantu meringankan beban dan kos sara hidup rakyat akibat daripada wabak covid-19 ini dan memberi faedah seramai 335,000 pengguna ari domestik di negeri ini.


Beliau berkata, tenaga elektrik juga adalah keperluan asas rakyat. Justeru, diskaun sebanyak 28 peratus akan diberikan ke atas pembayaran bil elektrik untuk tempoh 3 bulan bermula april 2020 ini.


Ia juga sebagai tambahan diskaun 2% yang diumumkan oleh kerajaan persekutuan. Pemberian diskaun ini melibatkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM11.5 juta sebulan atau RM35.65 juta untuk tempoh 3 bulan.


Beliau percaya dengan adanya manfaat seperti ini, ianya mampu membantu meringankan beban rakyat seramai 512,000 pengguna atau bersamaan dengan 98% penduduk sabah dan wilayah persekutuan Labuan.


Selain daripada itu, pihaknya juga memberi pengecualian pembayaran sewa rumah selama 6 bulan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan rendah dan tinggal di rumah-rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Sabah dan mampu membantu seramai 20,080 isi rumah dan seramai 110,400 orang dengan kos sekitar RM21.1 juta kepada kerajaan negeri.


Tahniah Kerajaan Negeri!




23 views0 comments

Comments


bottom of page