SABAH: Bas express sedia untuk beroperasi semula
- Mr Yalaitu

- May 5, 2020
- 1 min read
lebih daripada 20 pengusaha bas ekpress di Sabah bersedia untuk beroperasi semula selepas Presiden Majlis Pengusaha-pengusaha Bas Ekspress Sabah (SEBOC), Datuk Donald Hanapi dalam satu kenyataan mengatakan pihaknya sudah bermesyuarat dengan Setiausaha Tetap Kementerian berkenaan Standard Operating Procedure (SOP) bagi aktiviti-aktiviti bas ekspress sebanyak tempoh PKP/PKPB berkuatkuasa.

Kredit foto: BeritaHarianDalam mesyuarat tersebut, difahamkan SEBOC akan menekankan, memberi subsidi minyak diesel kepada pengusaha bas dan juga dibantu dari segi penyediaan disenfeksi di setiap terminal bas untuk mengelakkan penularan wabak covid-19.
Mereka juga membincangkan bagi sebuah bas ekspress yang boleh memuatkan 42 penumpang dikurangkan kepada hanya 20 orang penumpang sahaja.
Oleh itu, cadangan dikemukakan untuk kadar tambah bas dinaikkan sebanyak 30% disebabkan pendapatan yang kurang memberangsangkan berikutan SOP penjarakan sosial.
Kementerian akan mengadakan mesyuarat dalaman pada hari ini sebelum memberikan kata putus berhubung hal ini.
Sumber: BHarian






Comments