top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Sabah: Bagaimana mendaftar QR Code di "SabahTrace.my"

Pada 18 mei 2020 (kelmarin), kerajaan negeri sabah telah melancarkan aplikasi "sabahtrace" melalui Sabah Covid-19 Command Centre untuk digunakan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan peniaga/pengusaha dalam semua sektor industri dan akitviti perniagaan di sabah.

Berikut merupakan langkah-langkah mendapatkan QR code ID anda:


LANGKAH 1


LANGKAH 2

Anda akan nampak homepage seperti gambar di bawah. Tekan butang "REGISTER."

LANGKAH 3

Isikan ruangan kosong seperti di bawah:

  1. Premise Name (Nama premis perniagaan)

  2. Premise Type (Jenis perniagaan)

  3. Trading License No / SSM No. (Nombor lesen perniagaan / nombor SSM).

  4. Premise Location (Alamat perniagaan) - pastikan menulis alamat lengkap termasuk daerah / negeri / negara (contoh 88450, kota kinabalu, sabah, malaysia.)

  5. District (Daerah)

  6. Latitude / Longitude - (jika anda sedang mendaftar di lokasi perniagaan, benarkan aplikasi ini untuk membaca data lokasi anda - ia akan automatik mengisi ruangan ini. Tetapi jika anda sedang mendaftar di tempat lain, biarkan ruangan ini kosong.)

  7. Contact No (Nombor telefon syarikat)

  8. Email (Email syarikat)

Kemudian tekan butang "SUBMIT" untuk menghantar. Pastikan anda double-check informasi anda sebelum tekan butang submit.

LANGKAH 4

Selepas itu, QR Code anda akan terus muncul. Sila Print QR code tersebut atau download versi pdf atau lakukan kedua-duanya sekali. Print dalam bentuk kertas A4 dan letakkan di premis perniagaan anda.

LANGKAH 5

JIka anda tak sempat print / download QR Code, anda masuk semula ke link "sabahtrade" dan tekan butang "reprint premise QR code."


Masukkan nama premis perniagaan dan nombor telefon perniagaan yang anda daftarkan. Kemudian QR code anda akan muncul.


Semoga membantu! ;)

69 views0 comments

Comments


bottom of page