top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Sabah: 300 orang dipindahkan ke hotel selepas pusat kuarantin semporna didapati kekurangan fasiliti

300 orang termasuk kanak-kanak di semporna dipindahkan ke hotel berdekatan setelah mendapati pusat kuarantin di daerah tersebut kekurangan kemudahan awam yang bertempat di Perumahan PPR Bubul Ria.

Sumber gambar: TheStar


Ketua menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengarahkan 300 orang untuk pindah ke hotel tempatan untuk melengkapkan 2 minggu kuarantin mereka selepas beliau mendapat komplain dari penduduk mengenai fasiliti yang serba kekurangan serta ada yang terpaksa membersihkan perumahan tersebut.

Setiausaha Parti Warisan, Husman Mastal berkata kelmarin, beliau mendapat arahan dari Ketua Menteri tersebut untuk memindahkan orang yang dikuarantin ke Hotel berdekatan. 34 kanak-kanak dan 13 bayi adalah yang termasuk dalam 300 orang yang dikuarantin. Mereka ditempatkan setelah tiba di Tawau dari Kuala Lumpur pada 15 Mei.


Sumber dan berita penuh: TheStar

269 views0 comments

コメント


bottom of page