Kerajaan Negeri Sabah telah memutuskan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin pada 1 mei lalu berikutan sebahagian besar sektor ekonomi dan aktiviti sosial dibuka secara bersyarat pada 4 mei (Isnin, esok.)
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Abdal berkata keputusan ini dibuat untuk terus membendung usaha kerajaan sabah dalam membendung penularan wabak covid-19 dan memastikan tiada jangkitan virus yang terdedah kepada rakyat.
Walaupun kes covid-19 di sabah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, namun masih terdapat kes aktif di beberapa daerah dan usaha harus diteruskan untuk membendung wabak ini. Zon kuning tidak bererti zon selamat dan kita mesti sentiasa fokus dan berhati-hati.
Oleh itu, susulan dari keputusan itu, Sabah mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 4 yang berakhir pada 12 mei ini dan menyeru rakyat untuk terus patuh kepada PKP yang masih berkuatkuasa di Sabah.
Untuk pengetahuan anda, sarawak juga tidak melaksanakan PKP Bersyarat. Untuk info lanjut, klik sini.
Sumber: Borneotoday
Comments