top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

PKPB: Sekatan jalan raya akan dikurangkan bermula 4 mei

Sekatan jalan raya akan mula dikurangkan bermula hari isnin (4 mei) ini dan akan fokus kepada penguatkuasan dan pematuhan jarak sosial serta membendung kemasukan pendatang tanpa izin dan aktiviti penyeludupan.

Ini selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan Berperintah (PKPB) yang dikuatkuasa pada 1 Mei yang diberi sedikit kelonggaran dalam penguatkuasaan PKP.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sekatan jalan raya akan dialihkan ke lokasi yang berpotensi merupakan laluan masuk untuk kegiatan haram dan penyeludupan.


"Selari dengan arahan kerajaan baru-baru ini, polis dan Angkatan Bersenjata akan meningkatkan kawalan mereka terhadap laluan utama yang dikenalpasti digunakan oleh penyeludup manusia untuk membawa pendatang tanpa izin.

"Laluan tersebut akan diperkuat dengan sekatan jalan baru yang dikawal ketat untuk memastikan penyebaran Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya," katanya.


Sumber dan berita penuh: TheStar

30 views0 comments

Comments


bottom of page