Menurut kepada Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob aktiviti ziarah-menziarah pada musim perayaan termasuk Hari Raya hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja dan terhad kepada ahli keluarga terdekat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negera (MKN) memutuskan hanya terhad maksimum 20 orang sahaja dalam satu kelompok.
Perayaan tersebut termasuk Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dan jumlah 20 orang itu bergantung kepada saiz rumah.
Jika saiz rumah kecil, galakkan tetamu datang bergilir-gilir dan mengehadkan 20 orang dalam sehari.
Dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), rumah terbuka adalah dilarang, maka dengan itu penganjuran rumah terbuka Aidilfitri adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Sambil beliau mengatakan pengajaran yang berlaku di Bahrain, seorang keluarga mengadakan majlis berbuka puasa dan dihadiri 16 ahli keluarga yang membawa padah apabila kesemua ahli keluarga tersebut disahkan positif covid-19.
Sementara itu, beliau juga menasihatkan orang ramai yang mengunjungi sanak saudara semasa perayaan agar mempraktikkan SOP yang ditetapkan dan mengamalkan penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan serta menyediakan hand sanitizer.
Sumber: astroawani
Comments