Sungai melaka menjadi perbualan ramai selepas penduduk tempatan mula nampak perubahan yang berlaku sejak PKP dikuatkuasa.
Kredit photo oleh Bernama / TheStar
Ditanjau oleh Bernama di beberapa kawasan termasuk bangunan Stadhuys dan Jalan Jonker, perubahan yang ketara pada sungai itu adalah yang pertama kali sejak bertahun-tahun lamanya.
Sebelum PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, Sungai melaka disifatkan sebagai sangat keruh dan berwarna kecoklatan.
"Air sungai menjadi sangat bersih selepas kurang aktiviti disebabkan oleh PKP. Sebelum ini, sungai ini sangat sibuk dengan kehadiran bot-bot."
"Sungai melaka pernah suatu ketika dulu sangat kotor, bau dan berwarna hitam sekitar tahun 80an dan 90an, kini nampak sungai melaka sangat bersih adalah sangat luarbiasa dan jarang berlaku."
"Saya dan pekerja lain pernah membuang sampah sarap dari sungai melaka, tetapi sejak PKP dikuatkuasa, sampah sarap jarang dilihat."
Kredit photo oleh Bernama / TheStar
"Sungai melaka sangat bersih sekarang, terutama di kawasan pekan di mana kita boleh nampak ikan berenang di situ. Tetapi jika kita tidak kekalkannya, sungai ini boleh menjadi kotor semula. Kita mesti mengekalkan air sungai ini seperti sekarang."
Kata beberapa penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.
Sumber: TheStar
Comments