top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

PKP: Satu keluarga pergi beli barang, denda RM6,000

Sungguh malang bagi sekeluarga yang membawa 6 orang dalam 1 kereta dikatakan bersama-sama pergi ke pasar raya untuk membeli barang yang akhirnya ditahan pihak polis dan didenda RM6,000 (RM1,000 setiap seorang) kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Ketua polis Sabak Bernam itu berkata, ahli keluarga adalah dalam lingkungan 19 hingga 48 tahun itu ditahan pada jam 12.45pm, hari sabtu (kelmarin).


Kesemuanya yang ditahan dan disaman adalah mengikut kepada Peraturan 11 dari Akta Peraturan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan setiap individu yang disaman hendaklah membayar kompaun dalam masa 2 minggu dari tarikh disaman.


Kejadian yang berlaku di Sabak Bernam, Selangor itu menjadi pengajaran buat orang ramai, kerana pihak polis tidak akan memberi belas kasihan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap pelanggar perintah yang dikuatkuasakan demi membanteras penyebaran covid-19.


Sumber: NST


879 views0 comments

Comments


bottom of page