top of page
Writer's pictureMr Kadapatan

PKP: Perubahan 360° kehidupan rakyat malaysia selama 30 hari

Sudah 30 hari sejak rakyat malaysia mula hidup di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu bagi memutuskan penyebaran wabak covid-19 ini.



Banyak perkara telah berubah - kehidupan di bandar tidak lagi sibuk, sekolah dan institusi pendidikan juga tutup dan hanya barangan keperluan harian saja yang dibenarkan buka dan ramai yang menggunakan peluang ini untuk luangkan masa bersama keluarga, orang tersayang, anak-anak, ada yang luangkan masa dengan hobi, membaca buku mahupun belajar sesuatu yang baru.


Apa yang rakyat paling susah menerima hakikat ialah apabila bazar ramadan buat pertama kalinya dimansuhkan dan apa yang bermain di fikiran rakyat malaysia sekarang adalah bila PKP ini akan berakhir.


Bagaimana PKP ini memberi kesan terhadap kehidupan harian kita? Adakah ia telah mengubah sikap kita dan cara kita berfikir?

Mengikut kepada kenyataan dari Pengarah Kaunseling dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Sa'ad - Rakyat malaysia masih juga dalam proses untuk menerima kehidupan di bawah pemerintahaan PKP dan kehidupan yang kita lalui pada masa kini adalah 360 darjah bertukar dari cara hidup kita sebelum ini.


"Keadaan ini bertukar secara serta merta tetapi kita mesti bersikap terbuka dan menerima keadaan ini kerana perkara ini melibatkan hidup dan mati dan kita mesti memutuskan penyebaran covid-19 ini" katanya.


Dr Fauziah juga berkata menerapkan sikap positif di dalam situasi ini sangat-sangat diperlukan untuk menukarkan hidup baru ini lebih baik; sebaliknya dengan sikap negatif yang akan menjadikan kehidupan baru kita lebih serabut.


"Menjadi negatif akan efek segala-galanya dalam kehidupan harian kita tetapi apabila kita menerapkan sikap positif secara berterusan, ia akan memberi kita satu tenaga baik di dalam pemikiran kita yang boleh membantu kita melawan kebosanan dan stress akibat duduk dalam rumah terlalu lama. Salah satu cara untuk mengekalkan tenaga positif adalah dengan menjalankan aktiviti yang berlainan hampir setiap hari." katanya.


Pakar Psikologi dari Department of Educational Psychology and Counselling, UM - Professor Datin Dr Mariani Md Nor berkata PKP adalah satu berkat-dalam-bencana yang mempunyai banyak kelebihan.


Beliau berkata wabak covid-19 telah mengajar rakyat malaysia untuk lebih berdisplin selain memupuk nilai menghargai dapat bersama-sama dengan orang tersayang.


Beliau juga berkata rakyat malaysia secara automatik-nya mencuci tangan dan sudah menjadi satu tabiat di mana dahulunya rakyat langsung tidak mempedulikan tabiat baik ini.


"Rakyat mesti mencari jalan kreatif untuk luangkan masa di bawah kuatkuasa PKP ini, jika tidak mereka dengan mudah boleh menjadi bosan dan tekanan yang boleh mendatangkan masalah mental." katanya.


Sumber dan berita penuh: TheStar



35 views0 comments

Comentários


bottom of page