top of page

PKP: Klinik haiwan dibuka untuk temujanji sahaja - tiada walk-in

Menteri pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata pada hari ini bahawa klinik veterinar atau klinik haiwan dibenarkan untuk buka sepanjang PKP.

Membalas persoalan daripada pemilik & pencinta haiwan peliharaan, akhirnya kebenaran telah diberikan tetapi hanya untuk pelanggan yang mempunyai temujanji dengan klinik tersebut sahaja, mereka yang datang secara walk-in tidak dibenarkan.


"Kerajaan telah bersetuju untuk membuka operasi klinik haiwan tetapi layanan hanya tertakluk kepada temujanji sahaja" katanya.


Buat masa kini, klink haiwan hanya buka dalam tempoh masa yang dibenarkan sahaja iaitu dari 8 pagi hingga 2 petang.


Dengan penutupan kebanyakan restoran awam dan orang-orang yang terhad berada di kediaman masing-masing, Kumpulan Kesejahteraan Haiwan (KKH) telah menimbulkan kebimbangan terhadap kucing liar dan anjing liar yang kelaparan. Terdapat juga kebimbangan mengenai kemungkinan penularan Covid-19 melalui kucing, walaupun ahli virologi Universiti Negeri Ohio, Linda Saif dilaporkan berpendapat bahawa tidak ada bukti langsung bahawa kucing yang dijangkiti cukup banyak menjangkiti virus untuk menjangkiti orang.


Sumber: Malaysiakini

Commentaires


Subscribe to Our Newsletter

Thanks for submitting!

  • White Facebook Icon

© 2020 oleh AWALBAH. Milik penuh PIN PAGES ENTERPRISE.

bottom of page