Seperti yang diumumkan oleh perdana menteri sebentar tadi, kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula
15 April hingga 28 April 2020.
Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelanjutan PKP untuk dua minggu lagi selaras dengan pandangan World Health Organization (WHO) dan atas nasihat daripada Kementerian Kesihatan.
"Dengan pelanjutan ini, kita dapat memberi ruang kepada para petugas kesihatan untuk berjuang dan memerangi wabak virus covid-19 ini selain mengelak dari terus merebak" kata beliau semasa adlam perutusan khas sebentar tadi.
Comments