top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

PKP: 4 lelaki ditahan kerana ber-karaoke di Towering, Penampang

Kerana mungkin bosan dan rindu berseronok dengan kawan, 4 lelaki ditahan kerana ber-karaoke di towering, penampang secara terbuka dalam sebuah premis karaoke tersebut pada malam 9.50pm, 6 April.

3 daripada 4 lelaki itu dipercayai adalah kawan dan juga pelanggan tetap premis tersebut manakala seorang lagi merupakan pemilik premis tersebut.


Kejadian itu disedari oleh anggota polis dari IPD penampang ketika melakukan rondaan pemantauan PKP di sekitar tersebut.


Mohd Haris Ibrahim selaku ketua polis daerah penampang berkata anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar towering tersebut mendengar bunyi bising di salah sebuah premis perniagaan yang bertutup .


Kesemua mereka ditahan kerana didapati melanggar perintah PKP dengan berkumpul beramai-ramai dalam premis.

Sehubungan dengan itu, pihak polis telah merampas beberapa set sistem karoke serta wang tunai berjumlah RM1,337 dan mendapati pusat karaoke itu tidak mempunyai lesen perniagaan atau lesen hiburan.


Kes disiasat menigkut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).


Polis Penampang menasihatkan masyarakat di penampang agar ini akan menjadi pengajaran buat semua orang agar tidak melanggar peraturan PKP selama ia berkuat kuasa.



83 views0 comments

Comments


bottom of page