Pada hari ini 25 April, penyanyi rap Kanye West telah menjadi seorang jutawan secara rasmi disebabkan oleh kasut bola keranjang yang mempunyai namanya yang diterbitkan bersama Jenama sukan terkenal, Adidas. Artikel itu ditulis di dalam majalah Forbes kelmarin.
Penyanyi rap berusia 42 tahun ini menjual Kasut Sukan Yeezy yang mempunyai namanya sebanyak US$200 (RM871.90) sepasang di serata dunia.
West pernah bekerjasama dengan Nike untuk beberapa tahun namun kontrak itu tamat pada tahun 2013 dan menharapkan kerjasama yang baik pada jenama Adidas, mereka melancarkan kasut pertama mereka pada tahun 2015.
Forbes mengatakan bahawa West sudah beberapa kali menekankan majalah tersebut untuk menyenaraikan namanya sebagai salah seorang dari jutawan namun ianya ditolak kerana kekurangan bukti. Sebahagian besar kekayaan West berasal dari harta tanah yang dimilikinya, kata majalah itu. West adalah rapper Amerika kedua yang disenaraikan dalam majalah Forbes selepas Jay-Z.
Sumber: Malaymail
Comments