Seorang pelajar cina berumur 21 tahun kehilangan RM11,450 dalam bank akaun setelah terpedaya dengan panggilan telefon penyamar pegawai polis IPD Labuan dan penjawat mahkamah labuan.
Ketua polis Labuan, Muhamad Farid Haji Ahmad berkata pelajar UMS labuan itu menerima panggilan dari 2 lelaki penyamar pada 8 mei 2020 jam 6pm.
Pelajar tersebut memberi butiran akaun dan pin code kepada penyamar ini selepas panik setelah dikatakan identiti pelajar tersebut digunakan orang lain untuk membuka akaun dan meminta pelajar tersebut untuk memberi butiran akaun dan pin code untuk siasatan.
Merasa terjerat dalam penipuan, pelajar berkenaan datang ke Balai Polis Labuan untuk membuat laporan meminta polis menjalankan siasatan.
Farid menasihatkan orang ramai agar berhati-hati apabila menerima panggilan yang memperkenalkan diri sebagai Polis dan Pegawai dari Mahkamah.
Menurut Farid pihak Polis dan Mahkamah tidak akan membuat panggilan bagi tujuan membersihkan nama seseorang dari sebarang kesalahan jenayah.
Farid menambah pihak berkuasa juga tidak akan meminta suspek memindahkan wang ke akaun tertentu bagi menyelesaikan kesalahan jenayah.
Sumber: UtusanBorneo
Comentarios