top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Mereka yang ingin kembali ke bandar harus membuat permohonan untuk melancong

Rakyat Malaysia yang balik ke kampung halaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini ingin kembali ke bandar utama masing-masing diwajibkan untuk membuat permohonan untuk melancong - Permohonan boleh dibuat secara online atau di balai polis berdekatan bermula 25 April ini, kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan sedia maklum bahawa rakyat tergesa-gesa balik ke kampung halaman semasa PKP dikuatkuasa dan kini ingin kembali ke bandar-bandar utama di tempat mereka bekerja.


"Kami faham bahawa orang ramai risau mengenai keluarga di kampung halaman jadi tergesa-gesa balik kampung"


"Sebagai contoh, saya tahu sesetengah orang meninggalkan rumah sendiri di bandar, ada yang tinggalkan anak di dalam rumah dengan penjaga atau isteri/suami, dan balik ke kampung halaman kerana risau" katanya.

Oleh itu, pada langkah awal ini, Ismail Sabri berkata mereka yang ingin balik ke bandar-bandar utama masing-masing harus membuat permohonan di balai polis berdekatan atau melalui Aplikasi Online Gerak Malaysia.


Walaubagaimanapun, Ismail Sabri berkata kaedah rancangan membenarkan rakyat kembali ke bandar ini masih dibincangkan.

Berita penuh: TheStar


63 views0 comments

Comentarios


bottom of page