Kementerian pengangkutan telah meminta Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan AirAsia untuk menyambung semula penerbangan dari semenanjung ke sabah dan sarawak semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata beliau telah menghubungi Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan AirAsia, namun setakat ini MAB telah setuju untuk menyambung semula penerbangannya bermula minggu ini.
Laluan yang terlibat adalah penerbangan pergi dan balik di antara:
KL dan Kuching,
KL dan Miri,
KL dan Kota Kinabalu.
Wee berkata dalam satu kenyataan pada Facebook-nya, bahawa kedua-dua syarikat penerbangan itu akan terbang sekali seminggu ke destinasi masing-masing. MAB boleh meningkatkan frekuensi penerbangannya dari masa ke semasa jika terdapat permintaan yang lebih banyak.
Selain itu, MASwings juga akan meneruskan operasi penerbangan pulang antara Miri dan Bintulu, Kuching dan Sibu, dan Sibu dan Bintulu.
Beliau berkata Kementerian Pengangkutan tidak pernah mengarahkan syarikat penerbangan itu untuk menghentikan operasi penerbangan ke Sabah dan Sarawak.
Wee juga memberi jaminan bahawa penerbangan kargo yang membawa keperluan asas dan bekalan perubatan tidak berhenti sepanjang tempoh PKP, dengan penerbangan dari Kuala Lumpur dan Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, dan Kuala Lumpur dan/dari Labuan, berlanjutan tiga kali dalam seminggu.
Kenyataan Wee mengikuti kepada aduan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Abdul Karim Rahman Hamzah selepas kedua-dua syarikat penerbangan dan Malindo membatalkan penerbangan ke Sarawak dari 15 April hingga 30 April di mana Abdul Karim berkata walaupun pembatalan penerbangan itu merupakan salah satu jalan terbaik untuk memutuskan penyebaran Covid-19 namun prosedur operasi yang ketat boleh dijalankan ke atas pelancong.
Sumber: malaysiakini , malaymail
Comments