Sejarah bakal dicipta pada hari Rabu di Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah apabila Artificial Intelligence (AI) digunakan pertama kali oleh Badan Mahkamah Malaysia di dalam penghakiman dan penghukuman yang bakal berlangsung pada hari rabu, 19/2/2020.
Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri David Wong berkata penggunaan AI di dalam penghakiman ini adalah yang pertama di Asia.
"Ini adalah yang pertama di Asia. Dari pengetahuan saya, tiada Mahkamah atau badan penghakiman lain yang menggunakan teknologi AI kecuali di America Syarikat. Ini merupakan langkah besar di dalam Mahkamah Malaysia khususnya." katanya sambil menambah bahawa kes ini akan menjadi kes beliau yang terakhir sebelum persaraaannya.
Pada 17 Jan yang lalu, Tan Sri David Wong berkata kepada media, Mahkamah Sabah dan Sarawak akan mengambil langkah pertama dalam menggunakan teknologi AI dalam penghakiman untuk membantu dalam penyiasatan dan mementukan hukuman yang sesuai bagi kesalahan jenayah tertentu.
Beliau berkata penggunaan teknologi AI akan meningkatkan kecekapan dan konsistensi dalam hukuman. Beliau juga mengatakan bahawa penggunaan Teknologi AI hanyalah sebagai panduan kepada Hakim dalam membuat keputusan.
Ianya telah ditentukan bahawa kes pertama AI ini adalah untuk menentukan dua kesalahan: Memiliki Dadah di bawah Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya dan Kes Rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Aplikasi AI ini akan menganalisis kes-kes berkaitan yang didaftarkan di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 2014 hingga 2019.
Komentarze