Siapa yang tidak mengenali kepada pemegang no.1 lelaki terkaya asia paling lama ketika itu yang kini masih memegang lelaki terkaya Hong Kong, iaitu Li Ka Shing. Satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan dunia.
Li Ka Shing membina empayar bisnesnya di Hong Kong melalui hartanah dan infrastruktur dan membuat pertaruhan awal kepada industri Teknologi, yang akhirnya membuahkan hasil!
Li, dipanggil "superman" oleh peminatnya, di mana beliau melabur kepada Zoom Video Communications Inc dan mengambil share-nya sebanyak 8.6% (Anggaran sebanyak US$258million) dari syarikat tersebut.
Tindakan Li pada awalnya kini membuatkan nilai App zoom meningkat 80% tahun ini kepada US$3billion (RM12.9billion).
Software tele-conference syarikat itu telah menjadi satu App yang penting untuk berjuta-juta orang di seluruh dunia pada waktu ini di mana PKP dilaksanakan demi mengelak penyebaran virus Covid-19 dan 95% syarikat=syarikat menggunakan "Zoom" untuk bekerja dari rumah dan untuk menjadi alat komunikasi dengan pekerja-pekerja lain.
Selain daripada itu, Pencipta App Zoom Eric Yuan juga kini mempunyai net worth US$6.5billion, menurut kepada ranking Bloomberg.
Artikel penuh: Thestar
Comments