top of page

Kerusi Di Panggung Wayang Berkulat selepas 2 bulan tidak beroperasi

Dua Bulan Tidak Beroperasi, Kerusi Di Panggung Wayang Juga Berkulat.

Baru-baru ini tular dalam media sosial beberapa keping gambar menunjukkan produk leather di sebuah kedai berkulat.


Dengan suasana yang lembap dan peredaran udara yang tidak betul, kulat juga mula tumbuh di permukaan lain. Rupa-rupanya, kerusi di panggung wayang pun tidak terhindar.


Beberapa keping gambar yang di-upload oleh pengguna Facebook ini menunjukkan kerusi di panggung wayang berkulat setelah beberapa bulan panggung wayang ditutup semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pada setakat ini, lokasi panggung wayang terbabit tidak dinyatakan tetapi menurut China Press, beberapa netizen mempercayai panggung wayang ini terletak di Ipoh, Perak.


Sumber & Ayat: iloveborneomy

 
 
 

Comments


Subscribe to Our Newsletter

Thanks for submitting!

  • White Facebook Icon

© 2020 oleh AWALBAH. Milik penuh PIN PAGES ENTERPRISE.

bottom of page