top of page
Writer's pictureMr Yalaitu

Emosi wanita jangan dibawa main - PPD

Updated: Mar 1, 2020

Bacaan wajib bagi semua lelaki. Post Partum Depression (PPD) is REAL.

Emosi wanita mempunyai 1001 jenis yang susah dijelaskan, difahami & sangat rumit.

Lebih-lebih lagi pada wanita mengandung, berpantang dan menyusukan anak.

Terlalu banyak kes yang meruntun jiwa melibatkan wanita.


Kes mak kelar anak.

Kes ibu campak bayi baru lahir dari rumah.

Kes meroyan.


Sakit ni melibatkan emosi dalaman yang sesiapa tidak tahu.

Selain orang yang mengalaminya..


Kadang kita tengok isteri kita normal, happy.. nampak macam takda masalah, tetapi kita tidak tahu apa yang terbuku di dalam hati dan sebaliknya.


Seharusnya kita rajin bertanya bukan ‘buat bodoh’ buat tak reti bila tengok isteri penat.. Leka main handphone sambil tengok isteri susukan anak dan suapkan anak yang lain makan..


Suami kena rajin ‘BERTANYA’. Konsep bertanya sangat digalakkan dalam rumahtangga. TANYA isteri ‘ dah makan ke belum?’

TANYA isteri ‘ macamana anak-anak hari ini?’

TANYA isteri ‘ ada apa-apa kerja rumah yang masih berbaki?’

TANYA isteri ‘ sayang penat? Rehatlah dulu’


Ada sesetengah suami, tak perlu ditanya.. tengok dari reaksi isteri automatic kita tahu keadaan dia seharian. Terus tolong urus anak dan sediakan apa yang patut. Tolong jangan buat tak tahu sedangkan diri tu TAHU!


Jangan pandang remeh bila isteri mula tunjukkan tanda-tanda ini:

1. Moody dan sensetif tak tak tentu pasal.

2. Diri sendiri tak terurus.

3. Mengasari anak.

4. Tak cukup tidur.

5. Berhalusinasi sendiri.


Suami.. jangan biar isteri sendiri dalam segala hal. Bila isteri sering menangis, bantu dia.. zikir dan doa dalam hati kita. Cium, pujuk dan peluk dia seeratnya. Jika dia sedang ceritakan masalahnya, dengar luahan hati dia. Diam dan dengar tanpa bantah. Teruskan suntik kata-kata semangat dan dorongan buatnya. Wanita yang sedang mengalami tekanan perasaan hanya memerlukan sesorang untuk dia meluah rasa, untuk melepaskan apa yang selama ni terbuku dihati dia.. Dia rasa sesak dalam kepala.. kemarahan dia membuak-buak.. otak dan fikiran dia bercelaru.. kadang-kadang cakap pun dah tak betul.


Lagi satu! Jangan biar orang sesekeling mencemuh atau mengkritik kelemahan isteri anda berjemaah.. tak kiralah mak mertua ke, pak mertua ke, jiran-jiran, adik beradik atau pun mak ayah wanita itu sekali pun..


Tolong bercakap mewakili dirinya.. bela dan tunjukkan tanggungjawab anda kepadanya. Wanita meroyan, tidak ingat dan tidak sedar siapa dirinya..


ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja.. tak kisah lah dia pengarah urusan ke, cikgu ke, surirumah mahupun ustazah.. kalau dah penat dan stress mungkin dia akan ‘TERTEWAS’.


SUAMI.. jangan marah seorang wanita ketika emosi dia tidak stabil. Jangan sakiti hatinya.. jangan mengungkit! Jangan berkira! Jika dia salah, tegur dengan baik. Jika dia penat, urut dia. Jika dia sibuk melayan anak, uruskan kerja rumah yang lain.


Sentiasa bantu dia, setiap masa!

Kredit post: Klinik Keluarga Bertam (fb)

20 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page