Kejadian yang berlaku di Alor Gajah, Melaka itu berlaku apabila pasangan muda ini dilihat di persimpangan lampu isyarat di Rembia oleh unit rondaan polis yang kemudiannya berlaku kejar-mengejar dengan kelajuan melebihi had laju sebelum ditangkap oleh pihak polis selepas kejar-mengejar sepanjang 15km dari Bandar Rembia kepada Taman Angkasa Nuri.
Menurut kepada OCPD Alor Gajah, Supt Arshad Abu pihak polis telah mengarahkannya untuk memberhentikan kereta kerana melanggar lampu merah semasa berada di lampu isyarat tersebut namun kereta tersebut terus memecut dengan laju sebelum dikejar oleh unit rondaan polis tersebut.
Pihak polis berjaya menangkap suspek selepas keretanya kehabisan minyak di Taman Angkasa Nuri.
Setelah melakukan siasatan awal didapati suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah sementara teman wanitanya tiada sebarang rekod polis.
Supt Arshad berkata lelaki tersebut memberitahu beliau ingin meluangkan masa bersama teman wanitanya kerana tidak dapat berjumpa sejak PKP dikuat kuasakan.
Kedua-dua pelaku ditahan selama 4 hari bermula isnin (13 april).
Kes disiasat di bawah peraturan 11(1) dari Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Terjejas) Peraturan 2020.
Sumber: thestar
Comments