top of page
Writer's pictureMs Okbaitu

COVID-19: Tiada simptom ditunjukkan pada pelajar tahfiz yang sah positif

Sebanyak 539 pelajar tahfiz (84.9%) dari 635 yang disahkan positif covid-19 tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan, kata Dr Noor Hisham Pengarah Kesihatan.

"Hampir 85% pelajar langsung tidak menunjukkan sebarang simptom dan hanya 15.1% pelajar sahaja yang menunjukkan simptom jangkitan" Katanya.


Selain itu, beliau risau mengenai pelajar tahfiz, cikgu dan pekerja yang kembali ke kampung dan rumah masing-masing kerana mereka mungkin berfikir mereka sihat dan mungkin sudah menyebarkan virus tersebut kepada kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain terutama kepada ahli keluarga yan berusia.

Beliau memohon agar pelajar tahfiz yang balik ke rumah masing-masing untuk tampil semula ke pusat kemudahan kesihatan berdekatan mereka untuk membuat saringan dan ujian covid-19.


Beliau juga menasihati pada mereka yang masih belum balik ke rumah masing-masing agar teruskan tinggal di kediaman madrasah untuk membenarkan pihak berkuasa memantau situasi tersebut.


Sehingga 14 mei, 19,209 pelajar tahfiz, cikgu dan pekerja telah dikenalpasti dari 370 madrasah dan pusat tahfiz seluruh negara dan 12,384 sampel telah diambil dan diuji yang memberi keputusan 635 kes positif, 10,755 kes negatif dan 944 masih menunggu keputusan.


Beliau juga risau mengenai peningkatan kes dari kluster ini dari 4.4% minggu lalu kepada 5.1% minggu ini. Walaupun sesetengah orang sudah menjalani saringan, tetapi Dr Noor Hisham risau bagi mereka yang tidak menunjukkan simptom ini mungkin telah menyebarkan virus ini kepada ahli keluarga semasa perayaan Hari Raya ini.

Beliau mengingatkan kepada mereka yang balik ke kampung atau rumah masing-masing semasa perayaan ini agar terus mengamalkan penjarakan sosial dan praktis hygine termasuk mengelak dari melawat ke rumah lain.


Sumber: TheStar

68 views0 comments

コメント


bottom of page