KOTA KINABALU: Sabah mengumumkan tiada kes baru COVID-19 sejak Rabu lalu dan angka jumlah positif wabak ini kekal pada 170 orang.
Namun begitu, ini tidak bermakna kes ini menunjukkan penurunan di Sabah kerana pada selasa lalu Makmal Kesihatan Kota Kinabalu berkata mereka kekurangan bahan ujian untuk wabak ini.
Negeri ini mempunyai rekod ketiga tertinggi dalam senarai negeri-negeri di Malaysia pada permulaannya dan pada Rabu lalu, menjadi tempat keempat setelah Johor disahkan mempunyai 34 kes baru dan menjadi tempat ketiga tertinggi yang dijangkiti wabak berjangkit ini.
Selangor masih direkodkan sebagai tempat tertinggi dengan 435 orang positif COVID-19 (0 kematian) diikuti dengan KL &Putrajaya sebanyak 286 orang (3 kematian) dan seterusnya Johor dengan 196 orang (6 kematian).
Comments