Menteri Kesihatan Singapura telah mengesahkan pada hari ini (20 April) bahawa sebanyak 1,436 kes positif dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara tersebut kepada 8,014 kes.
Menteri Kesihatan mengatakan bahawa majoriti kes positif tersebut adalah pekerja asing yang tinggal disebuah asrama kediaman pekerja.
Di antaranya adalah 16 warga singapura dan penduduk tetap di sana.
Menteri Kesihatan mengatakan mereka masih menyiasat kes tersebut dan akan mengemas kini berita selanjutnya pada malam isnin ini.
Sumber: TheStar
Comments